Wednesday, 10 December 2014

The relation between work–family balance and quality of life Jeffrey H. Greenhaus,a,* Karen M. Collins,b and Jason D. Shawc


Kerja dan keluarga adalah sesuatu yang penting pada abad ini. Tidak kira lelaki atau wanita akan mengalami situasi yang sama iaitu perlu menyeimbangkan antara keduanya. Ini adalah kerana, ia akan memberi kesan terhadap kualiti kehidupan yang sempurna. Kebanyakan kajian terdahulu mendapati bahawa seorang pekerja yang member lebih masa kepada keluarga mendapat lebih kualiti hidup berbanding seorang pekerja yang memperuntukkan masa yang lebih terhadap kerja.

Menurut kajian terdahulu, keseimbangan antara kerja, kualiti dan keluarga ini mempunyai tiga elemen terpenting iaitu:
·   Keseimbangan masa- masa adalah salah satu elemen yang perlu dititikberatkan bagi memenuhi keseimbangan ini. Ini adalah kerana, masa itu yang sering menjadi jarak pemisah diantara kerja dan keluaraga.
·         Keseimbangan penglibatan- keseimbangan terhadap penglibatan psikologi juga di perlukan bagi memastikan keseimbangan itu dapat dicapai.
·         Keseimbangan kepuasan- Setiap komponen keseimbangan kerja-keluarga boleh mewakili elemen positif atau negative. Keseimbangan bergantung sama ada tahap masa, penglibatan, atau kepuasan adalah sama tinggi atau sama rendah.

Kepuasan terhadap keseimbangan  Kerja-Keluarga adalah berkait secara positif dengan kepuasan kerja. Bermakna, KKK mempunyai impak yang penting bukan sahaja dari sudut  kepuasan kerja, bahkan juga dengan sikap dan tingkah laku pekerja. Antara kesan positif yang jelas dengan adanya keseimbangan ini, ianya dapat mengurangkan konflik yang tercetus di antara ahli keluarga di sebabkan kekangan kerja. Kesan yang positif mempunyai jumlah yang lebih besar kepada kualiti hidup daripada baki negatif. Apabila individu melabur masa yang lebih besar dalam penglibatan mereka, maka lebih banyak masa yang dapat di seimbangkan antara kerja dan keluarga.

Dalam keadaan ini, ketidakseimbangan boleh menggambarkan perbezaan yang besar antara masa bekerja dan masa bersama keluarga atau antara penglibatan kerja dan penglibatan keluarga, dan menghasilkan banyak konflik kerja-keluarga dan tekanan yang dapat mengurangkan kualiti hidup seseorang. Walau bagaimanapun, penyelidik menjangkakan terdapat  manfaat yang sedikit atau tidak ada keseimbangan apabila individu melabur masa yang terhad atau penglibatan dalam sesebuah keluarga.


NUR SAADAH BT ZAINI
A142655


No comments:

Post a Comment