link soalan no 3..
http://powertochange.com/sex-love/bothwork/
SEMINAR PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Saturday, 20 December 2014
soalan 8
Soalan 8
Insentif
diberikan sama ada berdasarkan pasukan / kumpulan atau prestasi individu.
berdasarkan tujuan motivasi prestasi pekerja, terangkan tiga contoh apabila
pelaksanaan insentif pasukan / kumpulan akan lebih berkesan berbanding dengan
program insentif individu. terangkan dengan jelas dan sewajarnya.
Syarikat
menggunakan pelbagai insentif untuk memberi ganjaran kepada prestasi pekerja
dari segi menarik, mengekal dan mendorong , meningkatkan produktiviti,
mengawal kos dan menyelaraskan aktiviti dengan strategi perniagaan. Pelan
insentif terdiri daripada prestasi individu, pasukan, unit perniagaan
atau syarikat. Pelan insentif berasaskan pasukan merupakan insentif yang direka
untuk memberi ganjaran kepada kerja berpasukan yang efektif di mana insentif
ini disediakan adalah bergantung pada prestasi daripada kumpulan secara
keseluruhan. Antara
contoh pelan insentif berpasukan yang ditawarkan oleh organisasi adalah seperti
bonus, kenaikan pangkat, anugerah kecemerlangan dan sebagainya. Insentif berasaskan
kumpulan ini juga adalah salah satu cara organisasi untuk meningkatkan
produktiviti dan pendapatan keseluruhan manakala pada masa yang sama pekerja
dapat meningkatkan kualiti kerja pada tahap yang lebih tinggi. Objektif
pelaksanaan inisiatif kumpulan ini adalah untuk menggalakkan penetapan matlamat
kumpulan, kerjasama dan kerja berpasukan.
Pelan insentif berpasukan dikatakan lebih efektif
berbanding pelan insentif individu. Melalui insentif berpasukan ini antaranya dapat
menggalakkan ahli-ahli pasukan untuk bekerjasama dengan berkesan .Insentif
berasaskan pasukan menggalakkan kerjasama dan kerjasama untuk mencapai matlamat
yang dikongsi bersama. Sebagai contoh, projek yang perlu disiapkan oleh
organisasi perlu dilaksanakan pada tempoh masa yang agak singkat dan semestinya
memerlukan pekerja yang berbakat dalam menyiapkan projek tersebut. Di samping
itu juga, projek tersebut perlu disiapkan dengan jayanya kerana projek tersebut
mampu memberi keuntungan yang besar kepada organisasi dan pekerja. Oleh itu,
organisasi merasakan bahawa organisasi perlu mewujudkan pelan insentif
berkumpulan berbanding pelan insentif individu. Hal ini kerana dengan wujudnya
pelan insentif kumpulan mampu memberi impak yang positif kepada organisasi dan
pekerja. Pelan insentif kumpulan mampu mengurangkan kos-kos yang terlibat,
menyingkatkan tempoh untuk disempurnakan dan mampu memberi hasil yang lebih
berkualiti.
Pelan insentif kumpulan yang boleh diterapkan untuk
memotivasikan pekerja adalah seperti pelan perkongsian keuntungan (Gain
sharing plan). Pelan perkongsian keuntungan ini adalah sistem insentif
bonus direka untuk meningkatkan produktiviti pekerja melalui penglibatan kerja
dan hasil yang memberangsangkan antara pekerja dan majikan mengikut piawaian
yang telah ditetapkan. Melalui pelan perkongsian keuntungan ini, pekerja
mempunyai peluang untuk mendapatkan bonus. Pemberian pelan perkongsian
keuntungan ini khas digunakan untuk mengukur prestasi pekerja melalui
pencapaian dan hasil kerja yang berkualiti dalam kumpulan pada masa yang telah
ditetapkan. Secara tidak langsung, pekerja akan lebih bermotivasi dalam
melaksanakan tugasan atau projek yang telah disediakan. Pelan perkongsian
keuntungan digunakan oleh majikan yang menyasarkan keuntungan dan prestasi yang
tinggi. Pemberian bonus kepada pekerja dalam pasukan tersebut adalah
berdasarkan keuntungan yang diperoleh oleh organisasi atas pencapaian mereka.
Dalam
satu kajian 2010, penyelidik dari University of California, Santa Barbara
mendapati insentif berasaskan pasukan dapat meningkatkan usaha pekerja dalam
melaksanakan tugas kerana mereka tidak mahu membiarkan rakan sepasukan mereka
ke bawah. Selain itu insentif berpasukan juga dapat mengurangkan pusing ganti
pekerja. Melalui kajian 1996, penyelidik mendapati bahawa syarikat yang
mempunyai jangka panjang, insentif berasaskan pasukan mempunyai purata pusing
ganti pekerja yang rendah. Ahli-ahli pasukan menjadi komited kepada matlamat
yang dikongsi dan enggan untuk meninggalkan rakan-rakan mereka. Ini dapat
memberi manfaat kepada syarikat kerana dapat mengurangkan kos
merekrut dan melatih pekerja baru.
Secara kesimpulannya, pelan insentif berpasukan
dilihat lebih efektif diterapkan dalam kalangan pekerja kerana pelan ini mampu
meningkat motivasi pekerja untuk terus memajukan diri mereka dalam organisasi.
Melalui pelan insentif berkumpulan ini, pekerja berpeluang mengeluarkan idea
mereka, berkongsi idea, memudahkan pencapaian matlamat dan mengurangkan kos-kos
yang terlibat. Oleh itu, dengan adanya pelan perkongsian keuntungan yang
ditawarkan dan diberikan oleh organisasi akan meningkatkan lagi semangat
pekerja untuk memperkukuhkan lagi usaha mereka untuk berkhidmat. Pemberian
bonus mampu meningkatkan motivasi pekerja untuk terus maju dalam tugas mereka
secara berkumpulan.
Wednesday, 17 December 2014
Wednesday, 10 December 2014
The relation between work–family balance
and quality of life
Jeffrey H. Greenhaus,a,* Karen M. Collins,b
and Jason D. Shawc
Kerja
dan keluarga adalah sesuatu yang penting pada abad ini. Tidak kira lelaki atau
wanita akan mengalami situasi yang sama iaitu perlu menyeimbangkan antara
keduanya. Ini adalah kerana, ia akan memberi kesan terhadap kualiti kehidupan
yang sempurna. Kebanyakan kajian terdahulu mendapati bahawa seorang pekerja
yang member lebih masa kepada keluarga mendapat lebih kualiti hidup berbanding
seorang pekerja yang memperuntukkan masa yang lebih terhadap kerja.
Menurut
kajian terdahulu, keseimbangan antara kerja, kualiti dan keluarga ini mempunyai
tiga elemen terpenting iaitu:
· Keseimbangan masa- masa adalah salah
satu elemen yang perlu dititikberatkan bagi memenuhi keseimbangan ini. Ini adalah
kerana, masa itu yang sering menjadi jarak pemisah diantara kerja dan
keluaraga.
·
Keseimbangan penglibatan- keseimbangan
terhadap penglibatan psikologi juga di perlukan bagi memastikan keseimbangan
itu dapat dicapai.
·
Keseimbangan kepuasan- Setiap komponen
keseimbangan kerja-keluarga boleh mewakili elemen positif atau negative. Keseimbangan
bergantung sama ada tahap masa, penglibatan, atau kepuasan adalah sama tinggi
atau sama rendah.
Kepuasan terhadap keseimbangan Kerja-Keluarga adalah berkait secara positif
dengan kepuasan kerja. Bermakna, KKK mempunyai impak yang penting bukan sahaja
dari sudut kepuasan kerja, bahkan juga
dengan sikap dan tingkah laku pekerja. Antara kesan positif yang jelas dengan
adanya keseimbangan ini, ianya dapat mengurangkan konflik yang tercetus di
antara ahli keluarga di sebabkan kekangan kerja. Kesan yang
positif mempunyai jumlah yang lebih besar kepada kualiti hidup daripada baki negatif. Apabila individu melabur masa yang lebih
besar dalam penglibatan mereka, maka lebih
banyak masa yang dapat di seimbangkan antara kerja
dan keluarga.
Dalam
keadaan ini, ketidakseimbangan boleh menggambarkan perbezaan yang besar antara masa bekerja dan masa bersama keluarga atau
antara penglibatan kerja dan penglibatan keluarga,
dan menghasilkan banyak konflik kerja-keluarga dan tekanan yang dapat mengurangkan
kualiti hidup seseorang. Walau bagaimanapun, penyelidik menjangkakan terdapat manfaat yang sedikit atau tidak ada keseimbangan
apabila individu melabur masa yang terhad atau penglibatan dalam sesebuah
keluarga.
NUR SAADAH BT ZAINI
A142655
Subscribe to:
Posts (Atom)