Sunday, 2 November 2014

APPLE...

Assalamualaikum..

Saya memilih syarikat Apple disebabkan  saya merasakan syarikat Apple adalah syarikat yang sedang meningkat membangun dari segi teknologi terkini yang dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan aplikasi Apple. Salah satu sebab antara syarikat Apple meningkat maju dan Berjaya ialah budaya korporat yang digunakan didalam organisasi tersebut. Syarikat Apple bermula dengan wang sebanyak RM3,900 yang diperolehi daripada hasl jualan kalkulator saintifik dan Volkswagen milik Steve Job. Hasil daripada jualan tersebut Steve Job menghasilkan komputer-komputer dan kemudiannya menjual dipasaran pada April 1976 dan syarikat apple telah ditubuhkan.

Kini selepas 35 tahun  Apple merupakan antara syarikat korporat paling berjaya di Amerika Syarikat dan dunia dengan nilai pasaran saham sekitar RM600 billion dan hanya beberapa langkah di belakang pencapaian Microsoft. Bukan setakat itu, produk keluaran Apple mempunyai golongan pembeli yang cukup setia di mana kebanyakkan mereka yang menggunakannya tidak akan bertukar ke jenama lain walaupun harganya lebih mahal dari produk-produk lain.

Budaya yang digunakan didalam syarikat Apple amat berlainan dengan syarikat-syarikat lain. Antaranya ialah Steve Jobs tidak mempunyai ciri-ciri bos idaman seorang pekerja. Beliau terkenal dengan gaya kepimpinan yang tegas dan sukar untuk sesiapa bekerja di bawahnya. Mereka yang pernah bekerja dengannya mengatakan beliau bukan sahaja boleh mengubah keputusan yang telah dibuatnya dalam sekelip mata malah beliau akan memalukan pekerjanya yang tidak sependapat pandangannya.

Walaupun beliau tegas dan keras dalam memimpin pekerja dan organisasinya, Steve dilihat sebagai seorang pemimpin yang bijak dan mempunyai visi yang tersendiri dengan menghasilkan computer atau iphone yang dapat mengubah dunia supaya orang ramai tertarik untuk bekerja dengannya. Malah, dedikasi beliau pada penemuan baru dan kecemerlangan ini telah mencipta budaya yang menjadikan Apple sebagai simbol inovasi. Matlamat syarikat apple ialah tidak mementingkan keuntungan semata mata tetapi matlamat utamanya ialah untuk merekabentuk, membangunkan dan membawa kepada pasaran produk-produk yang lebih bagus.



Budaya syarikat Apple yang lebih mementingkan inovasi merupakan salah satu untuk mempengaruhi pekerja untuk bekerja dengan Apple. Tetapi mereka juga mengenalpasti cara untuk menambahbaik produk sedia ada agar menjadi lebih bagus. Tidak semua orang boleh bekerja dengan gaya dan cara kerja Steve Jobs walaupun mereka mempunyai kemahiran dan pengalaman yang banyak. Apple memerlukan pasukan kerja yang mereka gelarkan sebagai pasukan kerja yang istimewa.

Mereka juga hanya akan mengambil pekerja yang merasakan mereka tidak puas atau cukup dengan apa yang ada. Pereka produk Apple mestilah seorang fanatik dalam menghasilkan produk yang benar-benar sempurna. Apple memerlukan pereka produknya mempunyai kepercayaan, minat dan komitmen dalam mencapai kesempurnaan. Bagi jawatan jurutera,didalam syarikat Apple, mereka mencari pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan juga mempunyai kemampuan beremosi. Kemampuan beremosi di sini merujuk kepada daya tahan yang mampu mendorong  jurutera tersebut untuk mengatasi segala halangan dan tekanan bagi memastikan sesuatu projek itu siap mengikut jadual.

Tekanan di kalangan rakan sekerja di Apple amat tinggi dan boleh menyebabkan ketua sesuatu jabatan atau projek akan ditolak oleh orang bawahan sekiranya pencapaian ketua tersebut lemah dan tidak menyakinkan. Berbanding dengan pengeluar produk telefon bimbit dan komputer riba yang lain, Apple mempunyai rangkaian produk yang sedikit. Ini memudahkan pengguna untuk memahami lebih mendalam perbezaan antara produk-produknya dan sekaligus memudahkan pembeli membuat keputusan untuk membeli.

Kesimpualannya pendekatan yang digunakan Apple  adalah untuk menghasilkan hanya beberapa produk dengan menggunakan segala sumber yang ada. Mereka percaya jika sesebuah syarikat  menggunakan sumber yang ada untuk mengeluarkan rangkaian atau jenis produk yang banyak akan menghasilkan kualiti produk yang berinovasi tinggi.


Sekian Terima Kasih.... 
MUHAMMAD HAFIZ BIN ABD RAHIM
A141270

No comments:

Post a Comment