Sunday, 2 November 2014

MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK)


               Malayan Banking Berhad atau dikenali sebagai MAYBANK adalah bank yang ditubuhkan pada tahun 1960, dan hari ini adalah syarikat terbesar dari segi permodalan pasaran di Bursa Malaysia. Ini adalah peringkat pertama di antara syarikat-syarikat Malaysia yang disenaraikan dan di antara 500 syarikat dalam Forbes Global 2000 syarikat-syarikat terkemuka di dunia. Kumpulan Maybank menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan yang termasuk perbankan komersial, perbankan pelaburan, perbankan Islam, perbankan luar pesisir, pajakan dan sewa beli, insurans, pemfaktoran, khidmat pemegang amanah, pengurusan aset, pemegang saham, perkhidmatan penama, modal teroka dan Internet perbankan.
 
            Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab, Maybank sentiasa memupuk budaya kerja yang menekankan kepada usaha memulihara dan mengekalkan piawaian tertinggi dalam urus tadbir korporat. Maybank sentiasa proaktif dalam usaha meningkatkan kepatuhan kepada amalan terbaik urus tadbir korporat yang diiktiraf dunia sebagai satu ciri kompetitif nyata. Sehingga kini, pelbagai mekanisme, dasar dan langkah telah pun dilaksanakan untuk memastikan tahap ketelusan yang lebih baik dan melebihi apa yang digariskan dalam kod urus tadbir tempatan serta keperluan penguatkuasa. Budaya kerja yang diamalkan di dalam syarikat MAYBANK ialah budaya kerja cekap dan pantas. Budaya kerja seperti itu diterapkan agar semua program yang dijalankan dan dilaksanakan akan menjadi lebih teratur dan mencapai matlamat. Selain itu, syarikat MAYBANK tidak mengamalkan sikap jangan suka berlengah-lengah dalam menyelesaikan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.


            Sistem pengurusan prestasi adalah satu cara untuk memastikan bahawa setiap pekerja berfungsi dengan cara yang sejajar mengikut matlamat organisasi dan memastikan bahawa pekerja mencapai potensi yang maksimum di tempat kerja. Di MAYBANK, pengambilan dan pemilihan pekerja yang dilakukan amat dititikberatkan. Hal ini kerana, dengan hadirnya pekerja yang bermotivasi tinggi dan mempunyai kemahiran yang unik merupakan satu bonus terhadap syarikat MAYBANK. Syarikat MAYBANK menyediakan 3 program untuk graduan setelah menerima segulung ijazah iaitu Global Maybank Apprentice Programme, Skim Latihan 1 Malaysia dan Maybank/Ernst and Young MA Programme. Program ini diwujudkan agar pekerja yang dilahirkan mempunyai bakat dan kemahiran yang tersendiri.



Nurul Farhana Binti Saharrudin
A142684

No comments:

Post a Comment