Sunday, 2 November 2014

Wyeth Pharmaceuticals


               Wyeth Pharmaceuticals (WP) merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepimpinan luar biasa dan fungsi sumber manusia yang baik. Hal ini telah mendorong saya untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan syarikat WP. Bagaimana WP boleh menyediakan kepimpinan luar biasa kepada pekerjanya? Apakah budaya korporat WP yang dilaksanakan untuk mencapai kejayaan syarikatnya? Bagaimana pula fungsi sumber manusia dalam menyediakan pekerja yang berbakat sesuai dengan kepimpinan yang diterapkan kepada pekerjanya? Setelah menjalankan kajian perpustakaan, saya telah mendapati bahawa sebelum WP mencapai kejayaan yang luar biasa, telah timbul isu yang sedikit sebanyak turut melibatkan bahagian pengurusan sumber manusia.   

            WP menghadapi masalah apabila pihak WP ingin melaksanakan perubahan teknologi dan sistem maklumat HR yang baru. Oleh itu, penyusunan semula korporat berskala besar yang disebut Impak Projek telah dilakukan. Hal ini bertujuan untuk memperkemaskan operasi WP, meneroka peluang untuk R&D dan mengurangkan kos pengeluaran. Salah satu langkah dalam melaksanakan penyusunan semula ini adalah dengan mengurangkan kos tenaga kerja sebanyak 10% dalam tempoh lima tahun akan datang. Penyusunan semula cara bekerja turut dilaksanakan. Syarikat mula menghadapi persaingan yang sengit dari pengeluar ubat-ubatan generik.  

            Akhirnya, kesan daripada Impak Projek tersebut telah menunjukkan hasil dengan pendapatan mereka meningkat sebanyak 6%. Jualan antarabangsa WP juga melepasi jualan syarikat AS dan hampir separuh daripada pekerja WP bekerja di luar Amerika Syarikat untuk mengembangkan lagi WP. Hal ini telah menimbulkan tanda tanya berkaitan kejayaan WP setelah menghadapi masalah dalaman syarikat. Kejayaan WP adalah disebabkan mereka telah melaksanakan budaya korporat yang berkesan untuk membentuk pekerjanya dalam mencapai matlamat WP. WP telah menggunakan score card untuk mengesan, mengukur dan menganalisis setiap pekerjaan dan program latihan dalam menggunakan beberapa cara.  
 
            WP bukan sahaja mempunyai program latihan yang menarik atau menunjukkan komitmen untuk pembangunan berterusan pekerjanya, malah WP turut memastikan semua program yang dijalankan akan bergantung secara bersama-sama di mana setiap program latihannya akan menyokong matlamat, menyokong program lain dan seterusnya mencapai kejayaan. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya WP dinobatkan sebagai Latihan Top 125. Pelbagai latihan telah dilaksanakan untuk melatih pekerja menjadi lebih berbakat seperti belajar bersama, setiap orang setiap pekerjaan, kompetensi berterusan, komuniti amalan, latihan khidmat pelanggan dan sebagainya.  

            Pengalaman berterusan aktiviti pembelajaran yang memberi tumpuan kepada perubahan tingkah laku. Peluang pembelajaran berterusan telah tertanam dalam budaya korporat Wyeth di seluruh dunia dan menjadi asas kepada kejayaannya sebagai sebuah syarikat farmaseutikal. Salah satu kompetensi untuk pekerja telah menunjukkan hasrat untuk belajar dan mewujudkan peluang untuk membina pengetahuan baru, kemahiran, dan pengalaman.  

Sumber : Insightful Career Choice by Bill Leonard, Wyeth Pharmaceuticals by Holly Dolazalek.

Siti Zakiah Binti Mohd Azman 
 A140975
BBA-Human Resources


No comments:

Post a Comment