Wednesday, 19 November 2014

Pembayaran Upah Kompetitif (Google)

1) Kepentingan Pembayaran Upah Yang Kompetitif Dan Perkaitan Antara Faedah kepada Pekerja Dengan Kebolehan Organisasi Untuk Berdaya Saing

Setiap organisasi bertanggungjawab untuk mengimbangi input yang diberikan oleh pekerja dengan output yang selayaknya diberikan. Contohnya, melalui pembayaran gaji yang kompetitif. Gaji merupakan salah satu bentuk ganjaran yang dibayar kepada pekerja pada kadar yang tetap. Pembayaran gaji yang kompettif adalah penting untuk menarik pekerja yang berbakat untuk menyertai organisasi. Melalui pembayaran gaji yang kompettif, syarikat akan menentukan siapa yang selayaknya akan menyertai organisasi.

Polisi pembayaran gaji terbahagi kepada 3 iaitu pemimpin kadar pasaran (Lead Pay-Level Policy), sama dengan kadar pasaran (Match Pay-Level Policy) dan pengikut nilai pasaran (Lag Pay-Level Policy).

i.                    Lead: Pembayaran gaji pada kadar yang lebih tinggi daripada nilai pasaran.
ii.                  Match: Pembayaran gaji pada kadar yang sama dengan nilai pasaran.
iii.                Lag: Pembayaran gaji pada kadar yang lebih rendah daripada nilai pasaran.

Walaupun syarikat tidak menjadi pemimpin kadar pasaran, tidak semestinya syarikat tidak berpotensi untuk menarik pekerja yang berbakat. Ada syarikat yang tidak menawarkan gaji yang tinggi, namun dengan menawarkan pakej ganjaran yang menarik, membolehkan syarikat tersebut menarik pekerja berbakat untuk menyertai organisasi.

            Apabila syarikat telah memiliki pekerja yang berbakat, ini boleh meningkatkan prestasi organisasi. Oleh itu, syarikat akan memiliki kelebihan berdaya saing.

            Melaksanakan polisi yang membayar gaji sama atau rendah daripada nilai pasaran, ia juga akan memberi kelebihan kepada organisasi kerana sekiranya syarikat berhadapan dengan kegawatan ekonomi, mana-mana syarikat tidak dibenarkan sama sekali untuk menurunkan gaji melainkan menghapuskan manfaat-manfaat yang diberikan. Contohnya manfaat yang boleh diberikan kepada pekerja ialah kemudahan tempat pengasuh untuk anak-anak pekerja dan pakej percutian tahunan.


            Contohnya di Google, pekerja mereka bukan sahaja diberikan gaji yang tinggi, malahan pekerja mereka juga ditawarkan dengan pelbagai kemudahan yang menarik. Purata gaji tahunan yang diterima oleh Pengurus Produk Google adalah sebanyak $146,215, manakala Jurutera Perisian Google menerima gaji sebanyak $127,315 setahun. Berdasarkan laman sesawang www.glassdoor.com, Google telah memperoleh sebanyak 4.4/5 untuk gaji dan upah yang diberi kepada pekerja dan syarikat ini telah mendapat tempat pertama untuk pampasan dan faedah yang terbaik. Ini membuktikan Google merupakan salah satu syarikat yang menawarkan gaji yang sangat kompetitif.

            Selain itu, google juga mengamalkan prinsip menjaga pekerja mereka secara professional dan peribadi. Di Google, pekerja mereka diberikan makanan secara percuma (sarapan/makan tengahari/makan malam/sepanjang hari). Gimnasium juga disediakan untuk para pekerja yang berfungsi selama 24 jam setiap hari. Tempat kerja mereka juga terdapat dobi layan diri, alatan sukan, penilaian kesihatan dan kecergasan.

            Antara syarikat lain yang menawarkan pampasan dan faedah terbaik adalah Facebook, Adobe dan Apple.

Sumber:


Nurul Najwa binti Kornain
A139992

No comments:

Post a Comment