Wednesday, 26 November 2014

Muhammad Hafiz Bin Abd Rahim (A141270)
Nur Saadah Binti Zaini (A142684)
Nurul Farhana Binti Saharrudin (A142684)


Huraikan kepentingan pembayaran yang kompetitif di dalam pasaran global. Apakah hubungan antara penawaran faedah dan kesan terhadap organisasi yang berdaya saing?


            Bagi pendapat kumpulan kami, Kepentingan pembayaran yang berdaya saing di dalam pasaran global antaranya ialah dapat menarik lebih ramai individu yang berbakat untuk menyertai organisasi tersebut. Apabila sesebuah organisasi dapat membayar gaji dengan pembayaran yang kompetitif  kepada pekerja-pekerja mereka, maka lebih ramai pekerja dari organisasi luar untuk menyertai organisasi tersebut. Kebanyakan bakal pekerja akan membuat perbandingan antara gaji dan faedah yang ditawarkan oleh organisasi yang mempunyai bidang atau jenis pekerjaan yang sama. Faktor yang kedua ialah dapat mengekalkan kesetiaan pekerja yang sedia ada pada organisasi tersebut. Pekerja merupakan aset yang terpenting di dalam sesebuah organisasi. Pemberian ganjaran berbentuk kewangan atau bukan kewangan merupakan sesuatu penghargaan terhadap tugas yang dilakukan untuk kepuasan diri dan persaingan yang sihat di antara pekerja-pekerja ini. Faktor ketiga ialah menunjukkan syarikat tersebut berada pada keadaan yang kukuh dan stabil. Apabila sesebuah syarikat itu mempunyai kestabilan kewangan, ia tidak menjadi masalah kepada syarikat tersebut untuk membuat pembayaran secara berterusan.

            Hubungan antara penawaran faedah kepada pekerja dan kesan terhadap organisasi yang berdaya saing tidak boleh disangkal lagi. Terdapat banyak kajian yang telah di buat dan ianya ternyata mempunyai hubungan yang positif. Akan tetapi, ianya sangat memerlukan pelan ganjaran yang stratergik. Jika sesebuah syarikat itu memberi gaji yang setimpal dengan bakat yang dihasilkan oleh seseorang pekerja, mereka akan lebih produktif dan inovatif. Mereka juga akan merasakan masa depan yang cerah sekaligus dapat mengekalkan kesetiaan yang berterusan terhadap syarikat tersebut. Selain daripada sistem pembayaran atau ganjaran kewangan, faktor ganjaran bukan kewangan juga memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan organisasi yang berdaya saing. Sebagai contoh, syarikat google menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak kepada pekerja  mereka, ini dapat memudahkan dan mengurangkan tekanan kepada setiap pekerja. Apabila nyata bahawa faedah yang diberikan memberi kepuasan kepada pekerja, ini akan menarik minat pekerja dari syarikat pesaing untuk lebih berminat kepada syarikat tersebut. Apabila hal ini berlaku, setiap syarikat itu memerlukan satu sistem pengurusan bakat yang lebih stratergik.


Untuk menangani isu-isu dan hal-hal yang bersangkutan dengan sumber manusia bukanlah satu tugas yang mudah. Soal pengambilan dan pemilihan tenaga kerja (sumber manusia) adalah merupakan langkah pertama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Oleh itu, para pengurus sumber manusia hendaklah senantiasa peka terhadap isu-isu dan persekitaran tentang aspek sumber manusia kerana ianya merupakan satu kelebihan kepada sesebuah organisasi. Penyediaan satu perancangan sumber manusia yang terancang, teratur dan mengambilkira semua faktor yang berkaitan akan dapat membantu organisasi di dalam proses pencapaian matlamatnya secara keseluruhan.

No comments:

Post a Comment