KHIND merupakan salah satu syarikat
elektronik di Malaysia. Syarikat ini berkembang secara berperingkat sehingga
berjaya menembusi pasaran di peringkat global. Apakah rahsia disebalik kejayaan
KHIND? Berdasarkan pembacaan yang saya dilakukan terdapat pelbagai strategi
yang digunakan oleh syarikat ini. Oleh itu, saya cuba menilai 2 faktor yang
telah mempengaruhi kejayaan syarikat ini dalam menguruskan pentadbiran bagi
mengurangkan isu-isu dalam syarikat. Faktor pertama adalah bagaimana syarikat
menggunakan budaya korporat dalam memotivasi untuk mempengaruhi cara pekerja
untuk mencapai jangkaan yang ditetapkan? Manakala faktor kedua adalah apakah
cara yang digunakan oleh syarikat bagi menyediakan kepimpinan yang luar biasa
kepada pekerjanya? Oleh itu, penilaian yang akan saya lakukan adalah bagaimana
kedua-dua faktor ini dapat menyelesaikan isu yang berlaku dalam operasi/pentadbiran
syarikat sehingga membantu syarikat ini berjaya.
Berdasarkan pembacaan yang
dilakukan, faktor pertama, KHIND telah menyenaraikan 2 unsur teras budaya
korporat dalam diri setiap pekerja iaitu “Tumpuan pada pelanggan” dan “
Menambah baik secara berterusan”. Kedua-dua teras ini telah membantu
pekerja bermotivasi untuk memastikan pengurusan yang dilakukan adalah berkesan.
Sebenarnya, budaya korporat ini dibangunkan adalah untuk mengantikan sistem
pengurusan secara moden untuk mendapatkan hasilyang lebih jelas. Bagi teras
yang pertama iaitu tumpuan kepada pelanggan adalah menerangkan bagaimana
pekerja melakukan penilaian untuk mendapatkan hasil untuk memenuhi minat
pelanggan. Bagi teras kedua iaitu menambah baik secara berterusan adalah
merupakan lanjutan daripada teras pertama iaitu menyediakan produk yang
diperlukan supaya keperluan pelanggan dapat dipenuhi.
Bagi faktor kedua adalah apakah cara
yang digunakan oleh KHIND bagi menyediakan kepimpinan yang luar biasa untuk
pekerjanya? Oleh itu, berdasarkan maklumat yang telah diperolehi, terdapat 5
perkara yang boleh dilakukan dan kesemuanya ini akan menyokong budaya korporat
syarikat. Pertama, organisasi
pembelajaran. Perkara ini menjelaskan bahawa KHIND menyediakan latihan kepada
semua peringkat kakitangan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan
dikalangan pekerja. Kedua,
kepimpinan professional. KHIND tidak hanya menggunakan kepakaran kakitangan
dalaman sahaja tetapi turut menggunakan perkhidmatan perfesional luaran bagi
membantu untuk membimbing kakitangan untuk mendapatkan hasil kerja yang
berkualiti. Ketiga, pendekatan
kemanusiaan. KHIND telah menyarankan kepada pekerjanya agar sentiasa memikirkan
kepentingan produk terhadap kebajikan masyarakat. Ini adalah sebagai untuk
mewujudkan seorang pekerja yang mempunyai pandangan yang meluas dan bukan
bersifat peribadi. Keempat, sasaran
yang jelas. Perkara ini adalah untuk mewujudkan golongan pekerja yang matlamat
yang jelas bagi membantu dalam pembangunansyarikat. Kelima, kefleksibelan dan kebolehsesuaian. Perkara ini merujuk
kepada usaha KHIND untuk mewujudkan pekerja yang mampu bertindak secara
berkesan sekiranya syarikat menghadapi masalah.
Kesimpulannya, kedua-dua faktor ini
memainkan peranan yang penting untuk membantu KHIND untuk mengatasi isu yang
dihadapi untuk berubah daripada sistem pengurusan yang lama kepada sistem yang
lebih moden.
Rujukan
BBA HUMAN RESOURCE
AZMI FAIZ SYAFIQ BIN ATAN
( A140774 )
No comments:
Post a Comment