
Menlo merupakan
sebuah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan perisian software untuk
organisasi. Berpusat di Amerika Syarikat dan diasaskan oleh Richard Sheridan, James Goebel, Robert Simms dan Thomas Meloche.
Misi mereka adalah untuk menghapuskan penderitaan manusia di dunia berkaitan teknologi. Pada tahun 2007, Menlo telah menjadi antara firma yang berkembang dengan pesat di Amerika Syarikat. Thomas Edison, iaitu Pengasas Menlo Innovations merasakan bahawa pentingnya untuk menghasilkan produk yang berguna. Oleh itu mereka perlu memastikan penggerak utama syarikat, iaitu pekerja Menlo sendiri perlu membina budaya kerja yang terbaik.
Menlo adalah sebuah syarikat
yang amat mementingkan semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan mereka.
Seboleh-bolehnya Menlo mahukan pekerja bekerja dalam keadaan yang selesa dan
harmoni. Contohnya, Menlo telah menyediakan ruang pejabat yang luas,
lapang tanpa sebarang halangan untuk
pekerja berkomunikasi dan berkongsi pelbagai maklumat. Pekerja juga akan
melakukan tugasan secara berpasangan, seperti berkongsi komputer untuk
berkongsi idea dan menyelesaikan masalah.
Mereka akan
melakukan tugasan secara berpasangan selama seminggu dan setelah itu merka akan
ditukarkan dengan pasangan yang berbeza kerana kepelbagaian pasangan ini
menyebabkan mereka akan mendapat idea yang lebih segar, menarik dan boleh
digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Selain itu,
Menlo menggemari pekerja yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi,
kesanggupan melaksanakan tugas dan mempunyai hubungan baik dengan orang lain
(play well with others). Pada Menlo, mereka tidak mahukan pekerja yang
mempunyai sifat mementingkan diri sendiri dan hanya mahu mendengar pendapat
sendiri sahaja. Apa yang paling utama mereka mahukan orang yang tepat untuk
berada di dalam kumpulan kerja mereka.
Apabila Menlo
melaksanakan pemilihan pekerja, mereka menggunakan kaedah yang sedikit unik dengan
meletakkan peserta secara berpasangan
untuk melakukan sesuatu ujian dan mereka perlu menilai antara satu sama lain
dengan baik. CEO Menlo sendiri mengakui
bahawa pentingnya semangat berpasukan.
“Constantly
collaboration means we are constantly transferring knowledge to one another”
“I
grow my team an inch every day” – Sheridan
Antara pelanggan
yang mendapat perkhidmatan Menlo adalah Domino’s Pizza, Thomson Reuters,
Pfizer, Nationwide Financial dan the University of Michigan. Pelanggan ini
dapat dikekalkan apabila budaya yang diamalkan oleh Menlo menjadi salah satu
kelebihan berdaya saing di mana pekerja Menlo mampu berubah mengikut kehendak
pasaran semasa.
Ruang kerja di Menlo Innovations
Berikut adalah beberapa budaya kerja yang diamalkan di Menlo Innovation:
- Berpasangan, tiada siapa bekerja seorang diri
- High-Tech Antropologi
- Ruang kerja yang terbuka
- 40 jam bekerja seminggu
- Dibenarkan membawa bayi dan haiwan peliharaan di tempat kerja
Setakat ini, Menlo Innovations belum pernah berhadapan masalah tanpa menyelesaikannya bersama-sama.
Nurul Najwa binti Kornain
A139992
No comments:
Post a Comment