Tuesday, 18 November 2014

YAMATO TRANSPORT (M) SDN. BHD

YAMATO TRANSPORT (M) SDN. BHD atau lebih dikenali sebagai TA-Q-BIN delivery parcel ialah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan dari pintu ke pintu. YAMATO TRANSPORT (M) SDN BHD telah ditubuhkan di negara Jepun pada tahun 1919 dan mula bertapak di Malaysia pada tahun 2011.

Falsafah pengurusan YAMATO TRANSPORT (M) SDN. BHD ialah "from trailblazer to industry leader". Perintis bermaksud mewujudkan perkhidmatan kepada pelanggan yang tidak pernah wujud sebelum ini. Manakala Pemimpin Industri pula meningkat dan memperluaskan perkhidmatan ini untuk mencapai bilangan pelanggan yang maksimum. Strategi YAMATO TRANSPORT (M) SDN. BHD pula ialah "everything for the customer” dan “service comes first, and profit will follow”.

Antara keistimewaan syarikat YAMATO TRANSPORT (M) SDN. BHD ini berbanding courier service yang lain ialah ia merupakan satu-satunya perkhidmatan kaurier yang menawarkan perkhidmatan COD atau Cash On Delivery dan syarikat penghantaran barangan kaurier sejuk beku yang pertama di Malaysia.

Cool TA-Q-BIN atau penghantaran barangan sejuk beku yang disediakan oleh TA-Q-BIN untuk pelanggan mereka yang inginkan makanan yang segar dan berkeadaan baik. Antara makanan yang sering dihantar menggunakan perkhidmatan ini ialah kek, makanan sejuk beku, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Perkhidamtan ini selalu digunakan oleh pembeli online yang memesan makanan seperti kek atau makanan sejuk beku seperti daging dan makanan laut. TA-Q-BIN telah beroperasi hampir 3 tahun dalam penghantaran barangan sejuk beku di Malaysia.

Cash On Delivery (COD) ialah perkhidmatan yang sering digunakan oleh syarikat yang menjalankan perniagaan secara atas talian seperti Zalora dan Lazada. Antara kelebihan sistem ini ialah pelanggan di Zalora atau Lazada boleh memesan barangan namun tidak membayar wang dahulu tetapi membuat bayaran apabila barangan yang dipesan itu telah sampai ke tangan mereka. Apabila pelanggan berpuashati dengan kualiti dan keaaan barang tersebut, mereka akan membayar jumlah belian tersebut kepada pekerja courier TA-Q-BIN. Kebanyakkan pelanggan akan memilih perkhidmatan COD untuk mengelakkan kerugian atau ditipu oleh penjual. Perkhidmatan ini juga mesra pelanggan kerana mereka akan menelefon pelanggan terlebih dahulu untuk memastikan pelanggan berada di alamat yang dinyatakan beserta bayaran sekali. Jika pelanggan tiada pada masa itu, pekerja courier akan menghantar barangan tersebut di lain masa tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.

Antara kelebihan TA-Q-BIN ialah ia melakukan perkhidmatan kourier sepanjang tahun (24 jam/365 hari) termasuk pada cuti umum. Pihak pengurusan di TA-Q-BIN memainkan peranan yang penting dalam memastikan pekerja mereka dapat melaksanakan kerja dengan cekap dan memastikan barangan tersebut sampai ke tangan pelanggan dalam tempoh 2-3 hari. Pihak pengurusan sumber manusia pula perlu memastikan kebajikan dan faedah yang diterima oleh pekerja setimpal dengan komitmen yang pekerja tunjukkan.

Budaya organisasi yang diamalkan di YAMATO TRANSPORT (M) SDN. BHD ialah inverse triangle (segitiga songsang) iaitu pelanggan di peringkat atas sekali diikuti oleh Sales Driver iaitu pekerja yang menghantar barangan tersebut kepada pelanggan dan peringkat akhir ialah top management. Sales Driver memainkan peranan yang penting dan memikul tanggungjawab yang besar semasa menjalankan tugas kerana mereka akan berurusan secara langsung dengan pelanggan. Mereka juga akan membawa nama baik syarikat bersama mereka.

Polisi pengurusan YAMATO TRANSPORT (M) SDN. BHD terbahagi kepada dua. Polisi pertama ialah “We ‘all’ represent the company” bermaksud setiap pekerja di YAMATO TRANSPORT (M) SDN. BHD akan mencerminkan syarikat mereka. YAMATO amat menitikberatkan polisi ini dengan mengambil inisiatif terhadap pekerja Sales Drive dan semua pekerja dengan pendekatan “what if I were the company President”.

Polisi kedua ialah “We deliver with a personal touch” bermaksud mereke sentiasa berfikir bagaimana untuk mengembirakan pelanggan mereka iaitu dengan memberi layanan yang mesra pelanggan dan barangan yang diterima berada di dalam keadaan yang baik. Bersesuaian dengan logo TA-Q-BIN dimana logo tersebut menunjukkan bahawa ibu kucing membawa anak kucing menggunakkan mulutnya, ia melambangkan bagaimana mereka membawa barangan tersebut dengan cermat dan selamat.

Kesimpulannya, TA-Q-BIN boleh diketegorikan sebagai syarikat yang mengamalkan strategi “blue ocean” di mana perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini belum dilakukan lagi oleh syarikat penghantaran kourier yang lain.



NURUL HUSNA BINTI ABDUL KARIM
A140443
BBA-PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1 comment:

  1. Casino - MapyRO
    Information and Reviews about Casino at MapyRO 제천 출장마사지 - 남양주 출장샵 Find all reviews, photos, 충청남도 출장마사지 directions, videos and maps. Find your 공주 출장마사지 way around 제천 출장샵 the casino and find where everything is  Rating: 4 · ‎2 reviews

    ReplyDelete