Sumber
Manusia adalah fungsi yang sangat penting dalam sesebuah organisasi, bukan
sahaja untuk aktiviti dalaman, tetapi juga untuk pertumbuhan organisasi
tersebut. Untuk mendorong sebuah organisasi ke hadapan, maka
organisasi perlu memastikan
bahawa tahap motivasi kekal tinggi di tempat kerja. Dalam proses itu, fungsi sumber manusia
menghadapi cabaran yang sangat berbeza bergantung kepada industri. Sebagai satu
contoh adalah industri pengeluaran minyak dan gas. Saya ingin membincangkan
dasar-dasar sumber manusia yang berbeza di Schlumbeger dan meneliti peranan
mereka dalam menjaga motivasi pekerja di persekitaran kerja yang sukar dan
berisiko.
Schlumberger
Limited adalah syarikat industri pengeluaran minyak terbesar di dunia yang
beroperasi di kira-kira 80 buah negara. Semua amalan
sumber manusia yang dilakukan oleh Schlumberger di seluruh dunia dilaraskan ke
arah mempromosikan dan memastikan sedikit keyakinan budaya dan prinsip-prinsip
seperti promosi kepelbagaian, meritokrasi, keselamatan pekerja dan sikap yang
betul dalam pekerja. Schlumberger sangat menekankan kewujudan budaya
profesional dan keselamatan dalam setiap kegiatan pekerjaan. Untuk itu setiap
pekerja yang masuk ke dalam syarikat ini boleh harus menyesuaikan dengan budaya
yang diamalkan.
Bagi pekerja yang ditawarkan menyertai Schlumberger sebagai
pelatih pelantar minyak, mereka pada peringkat awalnya mengikuti program Fixed-Step
Training yang berlangsung selama tiga tahun. Tidak kira apa
latar belakang pekerja tersebut, di Schlumberger, mereka memastikan bahawa
pekerja mempunyai latihan yang betul untuk berkembang dengan cepat dan maju
dalam peranan bidang ini. Program ini menggabungkan teknikal, keselamatan,
pembangunan peribadi, perniagaan dan kursus-kursus pengurusan, dan on-the-job
training disahkan. Dengan adanya latihan ini dapat mewujudkan satu
perkongsian antara pekerja dan Schlumberger supaya mereka boleh mencipta nilai
untuk diri sendiri, menjaga kemampuan pekerja up to date dan mengembangkan bakat
pekerja kepada potensi penuh. Ia selaras dengan motto Schlumberger iaitu “when we hire peple, we hire managers”. Dari sini dapat dilihat bahwa perjalanan kerjaya yang ditawarkan oleh Schlumberger sangat menjanjikan. Schlumberger juga keuntungan dengan meningkatkan
daya saing dalam perniagaannya.
Schlumberger melaksanakan budaya dasar workforce diversity iaitu
dasar yang mengambil dan membangunkan pekerja yang berasal dari latar belakang
sosial dan budaya berbeza-beza. Kepelbagaian yang berlaku di Schlumberger
berdasarkan benua asli pekerja masing-masing. Iaitu Amerika, Asia, Australia,
Eropah, dan Afrika. Hal ini kerana dengan semakin kepelbagaian pekerja yang
dimiliki, maka akan lebih banyak idea kreatif yang muncul dalam syarikat, serta
menjadikan mereka lebih inovatif berbanding dengan praktikal. Schlumberger
terbukti mempunyai teknologi serta inovasi yang lebih baik berbanding
praktikal. Hal ini disebabkan syarikat ini menggaji pekerja yang diambil dari
pelbagai negara serta mempunyai rentang usia yang cenderung berbeza-beza.
NURUL MUZDALIFAH BINTI MANSOR
A140104
NURUL MUZDALIFAH BINTI MANSOR
A140104
No comments:
Post a Comment