Sunday, 2 November 2014

PROCTER&GAMBLE




Procter & Gamble (P & G) memulakan perniagaan mereka dengan menghasilkan produk pada skala kecil. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1837 dan berpusat  di Amerika Syarikat. Pada tahun 2008, P & G adalah syarikat terbesar ke-6 di dunia dengan permodalan pasaran dan syarikat terbesar dari segi keuntungan. P &G dikenali sebagai sebuah syarikat yang berinovasi tinggi. Di seluruh dunia mereka mempunyai 386 produk. Antaranya ialah Gillette dan shampoo yang berjenama pantene dan head&shoulder

Untuk mencapai satu prestasi yang membanggakan, P&G mementingkan bakat yang sangat berbeza dan mampu untuk berfikiran di luar kotak. Mereka menyemai dan membangunkan bakat yang hampir secara eksklusif dari dalam diri  setiap pekerja. Falsafah "membina dari dalam" yang membantu perkembangan budaya yang kuat dan kepercayaan yang membolehkan mereka untuk belajar dari pengalaman bersama. Syarikat ini juga mempunyai proses kerja yang luas dan semuanya direka bentuk untuk mengenal pasti keupayaan unik pekerja dan memberikan gambaran menyeluruh terhadap  kemahiran, pengalaman dan kebolehan.

Selain itu juga, P&G mempunyai budaya nilai kerja yang amat berbeza dengan syarikat-syarikat yang lain. Dimana, terdapat bukan hanya satu jabatan pengurusan sumber manusia di setiap pejabat negara, tetapi mereka mempunyai satu pasukan (HR) dalam setiap jabatan. Sebagai contoh : 1 untuk unit  IT, 1 untuk  unit jualan, 1 untuk unit pemasaran, dan sebagainya.Apa yang nyata di sini adalah fungsi HR di P & G bukan hanya sekadar fungsi sokongan tradisional tetapi fungsi yang  strategik. Pengurusan Sumber manusia bukan hanya  duduk di meja untuk membuat dasar, prosedur, matlamat, dan strategi malah, aktiviti-aktiviti sumber manusia adalah berbeza daripada aktiviti tradisional yang lain, sebagai contoh,  (HR) P&G tidak menjaga pampasan dan gaji. Ini adalah kerana pembayaran gaji adalah diurus oleh jabatan Pembelian.

Dengan wujudnya budaya seperti ini, sudah tentu P&G memerlukan bakat yang unik dalam setiap diri pekerja dan menerapkan satu budaya yang membangun dalam organisasi.  Menguruskan hubungan luar  adalah fungsi penting syarikat P&G. Malah, P&G menghabiskan majoriti masa dan tenaga mereka mengembangkan dan menguruskan hubungan luar.

Procter and Gamble sebagai sebuah syarikat multinasional beroperasi di kebanyakkan negara-negara yang berlainan di dunia tetapi mereka masih baik dan saling berhubungan. Sebagai contoh jika sebuah kilang di Kaherah melakukan sesuatu yang baru atau strategi baru yang berjaya, seorang daripada mereka akan dihantar  mengajar dan menerapkannya ke dalam operasi mereka yang lain.  Mereka juga terdiri daripada program latihan berasaskan teknologi. Ini adalah seperti mereka mempunyai program mentor di laman web mereka di mana pekerja boleh berinteraksi antara satu sama lain, membincangkan isu-isu dan mencari jalan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan. Di sini, setiap pekerja dalam jabatan yang sama atau dalam projek yang sama boleh berinteraksi, berkongsi maklumat,panduan dan mencari penyelesaian. Untuk lebih jelas lagi, kita boleh melihat dari segi pengeluaran produk P&G di setiap negara, di mana produk P&G ini mempunyai pengeluaran yang sama pada setiap negara berbanding produk Nestle. Produk Nestle melihat dari segi budaya untuk mereka mengeluarkan sesuatu produk di negara itu.


NUR SAADAH BT ZAINI
A142655



              




No comments:

Post a Comment