Citigroup Inc.
Citigroup
Inc. ( juga dikenali sebagai Citi ) merupakan salah satu syarikat perkhidmatan
kewangan terkemuka di dunia yang menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan
terdiri daripada kira-kira 200 juta akaun pelanggan lebih daripada 100 negara. Semua
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah
bergantung pada pengurusan bakat yang terbaik .Ianya sekali gus dapat
memberi peluang baru dalam perniagaan di kawasan geografi yang berbeza.
Terdapat
tiga nilai dalam konteks perkongsian tanggungjawab yang mempengaruhi secara
langsung proses pengurusan bakat dalam organisasi iaitu pertama, menyediakan
pelanggan –pelanggan dengan produk dan perkhidmatan yang unggul .Kedua, memberi
peluang kepada pekerja Citigroup untuk meningkatkan potensi serta menghormati setiap pekerja di peringkat
global (memperjuangkan kepelbagaian).Ketiga, melindungi syarikat francais dan
kepentingan jangka panjang, budaya, sejarah dan warisan Citigroup.
Bagi
mengurus kitaran hayat pekerja dengan
berkesan, Rancangan Lima Titik telah diperkenalkan iaitu keperluan latihan, memberi tumpuan
kepada bakat dan pembangunan, penilaian prestasi yang seimbang, serta
meningkatkan komunikasi dan kawalan untuk memastikan organisasi ini kekal
menumpukan kepada perkongsian tanggungjawab dan mengintegrasikan pekerja sepanjang proses pengurusan prestasi.Proses
pengurusan prestasi merupakan proses yang memerlukan pekerja mempunyai
komunikasi yang mantap dengan pengurus mereka secara langsung. Citigroup
mempunyai beberapa strategi pengambilan dan pengekalan bakat termasuk melalui “Corporate College Relations Organizations”. Syarikat
ini telah melancarkan pelbagai program untuk memanfaatkan bakat dalaman dan
golongan profesional membina kerjaya
dalam organisasi.
Salah
satu daripada program-program ini adalah Inisiatif Mobiliti . Citigroup
melancarkan inisiatif mobiliti ini bagi menggabungkan 18 laman
web berkaitan kerja , yang diperuntukkan
untuk pelbagai wilayah di seluruh dunia, dan membantu pekerja dan kakitangan sumber manusia dalam
mencari dan mengisi jawatan dengan calon-calon dalaman. Terdapat dua fasa dalam
sistem ini iaitu fasa I merupakan gabungan 18 laman web yang sedia ada .Ianya
membolehkan pencarian pekerjaan di seluruh dunia dan mempunyai garis panduan
yang menyatakan kriteria pekerja yang diperlukan untuk memenuhi syarat. Fasa II
pula lebih memberi tumpuan kepada pembinaan alat-alat pembangunan kerjaya yang
lebih baik bagi membolehkan seseorang itu dapat menentukan peluang pekerjaan
itu sesuai untuk mereka. Pendekatan bawah ke atas di mana pekerja dapat melihat
pekerjaan yang tersedia secara dalaman .Pada masa yang sama, pengurus dapat
mengesan potensi bagi mengisi jawatan serta memberi tumpuan kepada pengambilan dalaman
dan luaran .Secara tidak langsung ,sistem ini dapat menguruskan bakat di
seluruh organisasi.
Selain
itu ,untuk membina tenaga kerja yang pelbagai ,Citi telah bekerjasama dengan
kolej-kolej dan universiti-universiti dan juga organisasi yang misinya adalah
untuk memupuk kepelbagaian tenaga kerja yang besar. Satu model telah
dilancarkan untuk meluaskan bakat yang ada iaitu pekerja yang direkrut akan
menjalani latihan pengambilan serta penerapan budaya inklusif sewaktu proses
perekrutan.Kejayaan
utama Citi adalah menerusi pengambilan dan mengekalkan tenaga kerja yang pelbagai dan
berbakat melalui usaha-usaha yang berkesan.
Rujukan *http://www.talentmgt.com/articles/citigroup_promoting_global_mobility_through_talent_management
NORMAHERAN BINTI BAHARUDDIN
A142662
No comments:
Post a Comment