Sunday, 2 November 2014

THE BODY SHOP

LOGO


The Body Shop merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang menjual produk kosmetik dimana ianya bukan sahaja tertumpu pada produk wanita semata-mata malahan juga menjual produk untuk kaum lelaki. Antara produknya ialah produk penjagaan rambut, penjagaan kulit, minyak wangi, make-up dan banyak lagi.
contoh produk wanita

Banyak sebab yang membuatkan saya tertarik untuk memilih syarikat ini sebagai syarikat pilihan. Antara yang asas ialah syarikat ini mengeluarkan produk berasaskan alam semulajadi, tidak pernah menggunakan haiwan sebagai bahan uji kaji dan menjaga kesejahteraan planet kita. The Body Shop merupakan jenama kosmetik antarabangsa yang pertama yang berjaya diiktiraf oleh "Humane Cosmetic Standard".
contoh produk lelaki


Pengasasnya ialah seorang wanita yang berjiwa kental iaitu Anita Roddick dan berasal dari bumi England. Falsafah perniagaannya sangat dekat dengan jiwa saya dan mungkin juga dengan jiwa pelanggan setia produk beliau.



 "The business of business should not just be about money, it should be about responsibility. It should be about public good, not private greed"


"looking good stems directly from feeling good" 

The Body Shop mempunyai NILAI TERAS yang sentiasa dipatuhi :


1) menyokong perdagangan yang adil
2) membantah ujian terhadap haiwan
3) Mempertahankan hak manusia
4) mengaktifkan keyakinan dan jati diri (self-esteem)
5) melindungi planet kita


The Body Shop mempunyai badan amal sendiri yang ditubuhkan pada tahun 1990. Badan amal ini bertujuan untuk membantu mereka yang bekerja untuk mencapai kemajuan dalam bidang hak asasi manusia dan sivil, perlindungan alam sekitar dan haiwan. Jenama ini mula dikeluarkan pada 26 Mac 1976 di England. Pada masa sekarang, The Body Shop telah dibuka lebih dari 2500 kedai dalam lebih 60 pasaran di serata dunia.

Untuk pengetahuan semua, The Body Shop juga merupakan salah satu jenama produk yang menceburi "Blue Ocean". Sepertimana yang kita ketahui, Blue Ocean ialah perniagaan yang mencipta ruang pasaran yang baru, membuat persaingan yang tiada kena mengena dengan produk yang lain, meneruskan perbezaan dan mengenakan kos yang rendah. Manakala, "Red Ocean" pula ialah berlawanan dengan Blue Ocean sendiri dimana ianya memutuskan untuk bersaing di dalam ruang pasaran yang sedia ada, mencuba untuk menewaskan pesaing dalam persaingan pasaran, memutuskan sama ada cuba untuk menggunakan perbezaan atau kos yang rendah.

Pada mulanya The Body Shop sememangnya adalah pencetus pasaran baru iaitu mereka berjaya menceburi Blue Ocean melalui sosial dan nilai inovasinya. Tetapi sangat malangnya, apabila para pesaing secara perlahan dan tanpa disedari, sudah mula meniru apa yang The Body Shop miliki dengan menggunakan strategi dan nilai - nilai yang betul-betul sama. Dan ini menyebabkan The Body Shop terperangkap di Red Ocean.


"The Blue Ocean strategy should not be a static process. It must be a dynamic one" Kim and Mauborgane




Arifah Auni Mohd Juwahir,

A140083





No comments:

Post a Comment