Samsung
Electronics adalah syarikat elektronik dan teknologi maklumat multinasional
yang terletak di ibu
pejabat di Samsung Town, Seoul, Korea Selatan, dan merupakan subsidiari dari Kumpulan Samsung.
Samsung Electronics mempunyai kilang pemasangan dan rangkaian jualan di 60
negara di seluruh dunia dengan jumlah pekerja mencapai 200,000 orang. Samsung merupakan pemimpin pasaran di dunia
untuk lebih dari 60 produk, diantaranya adalah alatan komputer seperti
monitor, laptop,
Drive CD dan DVD, printer
laser, dan faks. Alatan rumah seperti peti sejuk, mesin basuh, microwave, oven, pembersih vakum, penyaman
udara serta alatan seperti
telefon, pemain
MP3, kamera digital.
Samsung telah mengambil kira terma
budaya syarikat, yang digunakan oleh G. Hofstede dalam Cultures and
Organization: Software of the Mind, di
mana budaya dikaitkan dengan budaya tertentu dalam organisasi dan
digunakan oleh mereka
yang bekerja pada syarikat tersebut. Dengan kata lain, budaya syarikat dapat
dijelaskan sebagai budaya sekumpulan orang yang mempunyai tujuan yang sama, di
mana kumpulan ini dapat berupa syarikat mahupun organisasi. Apabila sekumpulan nilai dan tingkah
laku beberapa orang dalam suatu kumpulan digabungkan, maka secara automatik budaya akan terbentuk dengan
sendirinya.
Samsung telah mengamalkan budaya
korporat yang sememangnya lahir dari budaya masyarakat Korea sendiri iaitu disiplin,
kekananan, menghargai yang lebih tua serta kesetiaan yang tinggi mampu untuk menyokong budaya organisasi
yang diamalkan iaitu Top-Down Management, speedness, dan sense of urgency. Apabila Samsung inginkan sesuatu yang baru, keputusan datang dari atas
ke bawah, dan setiap orang bergerak secepat kilat untuk melaksanakan hal
tersebut ( top-down management ). Samsung berusaha menanamkan
kepekaan untuk bertindak cepat (sense of urgency) menanamkan
budaya syarikat yang menitikberatkan pada integrasi dan kecekapan dengan
pekerja berbakat dan berorientasikan pada pelaksanaan ( speedness
)
Sumber manusia adalah aset yang
paling berharga di mana-mana syarikat. Di Samsung Electronics, kepercayaan dan
komitmen kepada pekerja merupakan salah satu daripada nilai-nilai teras yang
mengatur aktiviti perniagaan. Kepercayaan bahawa "a company is its
people" Samsung Electronics menghargai kepelbagaian dan
keperibadian tenaga kerja sebagai aset besar dan komited untuk mengekalkan dan
memupuk bakat terbaik. Samsung menggalakkan persekitaran di mana setiap
individu bermotivasi mengambil inisiatif dengan rasa pemilikan. Selain itu ia
menggalakkan pekerja untuk mencapai potensi mereka yang penuh dengan matlamat
utama serta dapat memajukan diri mereka sendiri, syarikat dan masyarakat.
Kejayaan syarikat terletak kepada seseorang pekerja yang mempunyai kreativiti
dan komitmen mereka untuk melangkah ke hadapan. Keupayaan syarikat untuk
menjana pertumbuhan baru bergantung kepada keupayaan pekerja untuk melihat
idea-idea dan peluang-peluang baru.
SYAFIQAH BINTI MOHAMED ROSLI
A140736
No comments:
Post a Comment