Assalamualaikum
Saya telah memilih syarikat GD Express Sdn Bhd (GDEX) sebagai
syarikat pilihan saya.
GDEX merupakan sebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia
dan Singapura yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan seperti
dokumen, barangan dan lain-lain penghantaran yang meliputi kawasan domestik dan
juga antarabangsa. GDEX adalah antara syarikat perkhidmatan penghantaran
ekspres yang terkemuka di Malaysia selain PosLaju dan SkyNet.
Falsafah pengurusan GDEX ialah “from people to people” iaitu
dari GDEX kepada pelanggan. Falsafah ini menerangkan hubungan yang terjalin
dari awal perkhidmatan yang diberi sehingga barangan tersebut sampai ke tangan
pengguna. Ia menjelaskan bagaimana GDEX begitu mementingkan hubungan antara
pelanggan dengan kakitangan yang memainkan peranan penting untuk menarik
kepercayaan pelanggan untuk terus kekal bersama GDEX dalam memastikan kejayaan
syarikat untuk terus beroperasi.
GDEX mengamalkan tiga komponen pengurusan untuk memastikan
kejayaannya. Komponen-komponen tersebut meliputi Sistem, Kualiti dan Budaya.
Sistem menerangkan proses bagaimana syarikat beroperasi untuk menjalankan
perniagaan. Kualiti pula memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi
kepuasan pelanggan, menepati masa dan boleh dipercayai. Budaya menunjukkan cara
tadbir urus syarikat yang berkesan, keadaan persekitaran pekerjaaan dan
nilai-nilai yang diterapkan di dalam perniagaan.
Antara isu-isu pengurusan yang timbul di GDEX ialah bagaimana
untuk memastikan komponen-komponen yang diuruskan dapat dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan. Antara isu-isu pengurusan ialah kemudahan infrakstruktur
yang tidak mencukupi, kekurangan tenaga kerja mahir dan sistem pengurusan
penghantaran.
Antara
strategi yang dipilih oleh GDEX untuk memperbaiki atau menambahbaik
perkhidmatannya ialah strategi menambahkan pelaburan dalam infrakstruktur,
strategi pengurusan sumber manusia dan strategi pengurusan sistem.
Dalam strategi penambahbaikan pelaburan
dalam infrakstruktur, GDEX telah memperuntukkan sejumlah wang dengan membeli
peralatan-peralatan baru dalam mempertingkatkan kemudahan infrastrukturnya
seperti pembelian trak, pengangkutan dan alat-alat yang digunakan bagi proses
pembungkusan dan penghantaran. Hasil daripada pelaburan yang telah dilakukan
ini, syarikat telah dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatannya. Ini dapat dilihat
melalui pengendalian barangan yang dihantar oleh pelanggan kepada syarikat.
Sebelum strategi ini dilaksanakan, GDEX hanya dapat menyiapkan tugasnya iaitu
penghantaran sebanyak 30,000 bungkusan sahaja dalam masa sehari, selepas
penambahbaikan dilakukan, GDEX dapat mempertingkatkan jumlah penghantaran
bungkusan sebanyak 60,000 dalam masa sehari.Dengan pelaburan yang telah
dilakukan dalam infrastruktur ini, GDEX dapat mempertingkatkan atau memperkemaskan
lagi tugas-tugas penghantaran barang kepada pelanggan untuk memastikan barangan
sampai kepada pelanggan pada masa yang ditetapkan.
Strategi pengurusan sumber manusia pula,
GDEX telah menambah bilangan kakitangan pekerja. Penambahan tenaga kerja ini
terdiri daripada pelbagai bahagian Contohnya dari bahagian pengurusan
penghantaran barang dan bahagian pembungkusan barang. Penambahan tenaga kerja
ini bertujuan supaya syarikat dapat menguruskan penghantaran barang-barang
pelanggan tepat pada masanya disamping dapat menghantar barang-barang tersebut
di kawasan yang jauh. Pemilihan tenaga kerja dipilih dilihat dari pelbagai
sudut. Antaranya kriteria-kriteria pekerja tersebut ialah tahap pendidikan dan
tahap kecekapan dalam menguruskan atau pengendalian sesuatu tugasan yang
diberikan. Syarikat hanya akan memilih tenaga kerja yang benar-benar layak
kerana syarikat amat menitikberatkan tahap kerja yang mampu diberikan oeh
pekerja terbabit.
Dalam strategi pengurusan sistem pula, GDEX
telah memperkenalkan satu sistem yang membolehkan pelanggan menjejaki ke mana
barangan mereka telah tiba. Ianya dikenali sebagai ‘e-tracking’. GDEX membuat
penambahbaikan ini untuk memudahkan pelanggan mereka untuk mengetahui destinasi
barangan mereka.
NURUL HUSNA BINTI ABDUL KARIM
A140443
BBA HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
thank you for sharing this
ReplyDeleteKenapa gdex teluk intan tidak menghantar barang pada custemor? Kata from people to people..gdex teluk intan menggunakan van gdex untuk berkeliaran sahaja tetapi bukan untuk menghantar.. lepas tu pekerja gdex teluk intan yang bercakap ditelefon selalu memarahi custemor bila kata custemor xdapat datang untuk mengambil barang sendiri.. sebab nya ada yang sarat mengandung ,, ada yang xpandai bawak kereta sendiri.. ada yang cacat.. dan kenapa perlu bayar duit pnghntaran pada gdex dan alamat sendiri pada gdex sedangkan kena ambil sendiri di gdex teluk intan.. so bagi sy gdex teluk intan mmang teruk.. jadi sy dah nasihatkan pada smua org disana dan penghantar jgn menggunakan gdex teluk intan lagi.. sy harap pihak hq dapat memecat semua pekerja di gdex teluk intan sebab tiada budi bahasa dan pemalas.. dan sy harap pihak hq dpt menyiasat pekara ini.. sebab dah terlalu lama berlaku.. tq
ReplyDelete